fbpx

Empat kes pecah amanah peguam cecah RM2.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli.

KUALA LUMPUR – Polis menasihatkan orang ramai berwaspada apabila berurusan dengan peguam susulan berlaku peningkatan kes pecah hingga menyebabkan kerugian jutaan ringgit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima empat laporan terbaru kes pecah amanah membabitkan RM2.7 juta

“Ingin ditegaskan, perlakuan jenayah dalam kalangan pengamal undang-undang merupakan satu perkara yang perlu dipandang serius memandangkan mereka adalah rujukan masyarakat dalam perihal
perundangan.

“Individu yang mendapatkan perkhidmatan guaman pastinya meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa peguam yang dilantik akan melindungi kepentingan mereka.

“Dalam mendepani isu-isu sebegini, pihak kita menyokong komitmen Majlis Peguam Malaysia yang dilihat semakin serius dan memberikan perhatian khusus bagi menangani isu salah laku dalam kalangan peguam,” katanya ketika sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut kes pecah amanah, seorang peguam, 49, lebih RM339,000 selepas bekas rakan kongsinya telah melakukan penyelewengan terhadap wang dari akaun klien firma guaman milik
mereka.

Ujar beliau, sekitar tahun 2012 hingga 2014, suspek telah menandatangani beberapa keping cek, selain turut memalsukan tandatangan pengadu bagi urusan pengeluaran sejumlah RM339,243 dari akaun klien untuk kegunaan peribadinya.

Sementara itu, pengarah syarikat wanita, 47, kerugian RM1.9 juta selepas melantik peguam menguruskan perihal empat tuntutan sivil terhadapnya seterusnya melakukan pemindahan harta dan wang tunai sementara kepada peguamnya ekoran perintah “Mareva Injuction” terhadap harta miliknya.

“Percaya dengan tawaran yang
diberikan, pengadu telah menyerahkan wang serta beberapa barangan mewah miliknya kepada suspek dengan nilai RM1.9 juta.

“Seterusnya, pada penghujung tahun 2023, pengadu memutuskan untuk tidak lagi menggunakan khidmat guaman dan meminta suspek memulangkan semua wang tunai dan barangan mewah yang telah diamanahkan, namun, suspek gagal berbuat demikian dan memberikan pelbagai alasan,” ujarnya.

Seterusnya, seorang pengarah syarikat pembinaan, 81, kerugian lebih RM438,000 untuk pengurusan saman terhadap syarikat manakala seorang lagi ahli perniagaan kerugian RM23,000 selepas melantik peguam menguruskan pembelian
sebidang tanah berkeluasan 1.9 hektar di Daerah Mualim, Perak.

Menurut Ramli, kesemua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI