fbpx

Liga Europa: Man. United ada resipi kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED dijangka tiada masalah membuka kempen Liga Europa dengan kemenangan ke atas Twente awal pagi esok. - MAN. UNITED

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag mengambil pendekatan ‘butakan mata dan pekakkan telinga’ terhadap segala tekanan serta kritikan yang dihadapinya ketika ini.

Tiada ruang buat pengurus itu terlalu fokus kepada tohmahan diterimanya, sebaliknya beliau lebih selesa untuk menyiapkan pasukan menerima kunjungan wakil Belanda, FC Twente dalam aksi pembukaan Liga Europa di Old Trafford awal pagi esok.

“Saya tahu apabila kami kalah, pasti ada tekanan tetapi saya tidak perlu baca artikel berkenaan. Untuk menjawab soalan, memang saya rasa ada sokongan daripada pihak atasan kelab.

“Kami tahu bagaimana untuk memenangi perlawanan dan atasi segala kritikan jika kami gagal melakukannya. Apabila kami melakukan perkara yang tepat, kami yakin mampu lalui semua ini,” katanya.

Walaupun mendakwa ada pihak yang mahu melihat beliau dipecat daripada kerusi panas di Old Trafford, namun Ten Hag sentiasa tenang dan menegaskan bahawa The Red Devils mula menunjukkan peningkatan walaupun seri tanpa jaringan dengan Crystal Palace.

Perkara positif yang melegakan Ten Hag dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park ketika itu pastinya menjurus kepada kemunculan semula penyerang utama pasukan, Rasmus Hojlund.

“Sekarang kami boleh bekerja, membina struktur dan hadirkan konsistensi dalam pemilihan pemain. Semua itu akan membantu kami bermain dengan lebih baik,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI