fbpx

Sewa kerusi roda khas demi konvokesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Ahmad Sabirin menyampaikan diploma kepada Muhammad Farhan Majlis Konvokesyen Politeknik Port Dickson (PPD) Kali ke-31 Tahun 2024.-Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

PORT DICKSON – Sebuah keluarga nekad menyewa kerusi roda bagi memastikan anak mereka, Muhammad Farhan Mohd. Farid hadir menerima sijil Diploma Kejuruteraan Elektrikal pada a Majlis Konvokesyen Politeknik Port Dickson (PPD) ke-31 di sini, hari ini.

Hasbiah Razali, 48, yang merupakan guru besar berkata, anaknya mengalami kecederaan putus ligamen akibat jatuh semasa bekerja tahun lalu dan menjalani pembedahan pada 12 September lpeas.

“Disebabkan kecederaan ini anak saya tidak boleh bergerak aktif. Sejak sebulan lalu, anak saya tidak sabar untuk menghadiri konvokesyen. Sebagai ibu, sudah tentu saya tidak mahu dia terlepas momen berharga ini bersama rakan-rakannya.

“Malah, kami juga tidak mahu anak terus trauma dan sedih. Jadi, nenek Muhammad Farhan sewa kerusi roda selama tiga hari bagi memastikan cucunya menghadiri konvoksyen ini,” katanya ketika ditemui pada Sidang Pertama Majlis Konvokesyen Politeknik Port Dickson Kali ke-31 hari ini.

Pada majlis itu, seramai 1,817 graduan daripada Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal menerima diploma yang disampaikan Presiden dan CEO Kumpulan Sirim Berhad merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Port Dickson, Datuk Ir Dr Ahmad Sabirin Datuk Arshad.

Sementara itu, Pengarah Politeknik Port Dickson, Hasan Mohd Sharif berkata, PPD telah menginjak usia ke 34 tahun ini dan sehingga hari ini, lebih 45,000 graduan telah berjaya dilahirkan dan menyumbang bakti kepada negara dalam pelbagai bidang kepakaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI