fbpx

Polis sudah serbu, periksa premis GISBH di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah kafe Ikhwan di Kuala Muda yang ditutup sejak beberapa hari lalu.

SUNGAI PETANI – Polis Kedah telah melakukan serbuan dan pemeriksaan ke atas premis perniagaan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di tiga daerah di negeri ini melalui Op Global 4.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, serbuan itu selaras arahan dikeluarkan Ketua Polis Negara bagi mengumpul bahan bukti yang dipercayai mempunyai kaitan dengan tarekat Aurad Muhammadiyah dan kumpulan Al-Arqam yang difatwakan haram pada 1994.

“Kita telah membuat serbuan dan pemeriksaan ke atas premis mereka di Kubang Pasu, Kuala Muda dan Kulim. Sebahagiannya didapati ada yang masih beroperasi, manakala sebahagian lagi dipercayai telah ditutup,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Bagaimanapun, Fisol enggan mengulas berkaitan isu kakitangan GISBH di negeri ini yang didakwa telah melarikan diri ekoran tiada tangkapan dilakukan.

“Semua laporan berkaitan serbuan dan pemeriksaan telah diserahkan untuk tindakan lanjut Bukit Aman dan kita sedang menunggu arahan selanjutnya.

“Jika menerima arahan terbaharu dari Ketua Polis Negara kita kita akan bertindak mengikut lunas undang-undang,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI