fbpx

Kalah awal punca Zii Jia jatuh ranking

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA jatuh ke ranking No. 5 dunia susulan terkeluar awal daripada beberapa kejohanan disertai sejak kebelakangan ini. - AFP

KUALA LUMPUR – Kemerosotan prestasi di Kejohanan Badminton Terbuka China menjadi tamparan hebat buat jaguh perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia apabila kedudukannya dalam ranking dunia jatuh ke tangga kelima. 

Kemas kini terkini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini menyaksikan bintang berusia 26 tahun dari Alor Setar, Kedah itu dipintas dua pemain iaitu Anders Antonsen (Denmark) dan Kodai Naraoka (Jepun).

Zii Jia yang sebelum ini berada di ranking ketiga dunia, gagal menampilkan aksi cemerlang di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou minggu lalu, apabila tumpas straight set 15-21, 2-21 kepada pemain muda Jepun, Koki Watanabe seawal pusingan pertama.

Sebelum ini, Zii Jia juga tersingkir di pusingan pertama Terbuka Jepun dan membuat keputusan untuk berehat daripada menyertai Terbuka Korea dan Hong Kong dengan harapan dapat bangkit di Terbuka China.

Bagaimanapun, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 berpeluang memanjat ranking semula jika menang kejohanan-kejohanan selepas ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI