fbpx

‘Orang Arqam’ di Pasir Puteh tidak bercampur masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi rumah amal milik GISBH di Taman Abdul Rahman Auf, Kampung Gong Kulim dekat Pasir Puteh yang diserbu pihak polis dan Jaheaik pagi tadi. - Foto oleh TOREK SULONG / KOSMO!

PASIR PUTEH – Pengikut GISB Holdings (GISBH) yang menetap di rumah amal dan sekolah milik syarikat itu di Taman Abdul Rahman Auf, Kampung Gong Kulim di sini dikatakan tidak bercampur dengan masyarakat.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai tidak mengetahui aktiviti yang dijalankan mereka yang diberi gelaran ‘Orang Arqam’ oleh penduduk setempat sebelum ia dikosongkan sejak lebih seminggu lalu.

Penduduk Kampung Gong Kulim, Ramli Abdul Karim, 50, berkata, kumpulan itu sebelum ini hanya dilihat berada di dalam kawasan mereka dan tidak bergaul rapat dengan penduduk setempat.

Menurutnya, tapak rumah amal dan sekolah itu sebelum ini merupakan pusat atau penempatan pengikut Al-Arqam yang pernah diserbu polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) kira-kira 30 tahun lalu.

“Selepas pergerakan Al-Arqam dan Rufaqa’ diharamkan, penduduk melihat papan tanda GISBH dipasang di situ.

“Kami menganggap ia adalah sebuah rumah amal dan pusat pendidikan tanpa mengetahui sebarang aktiviti yang dijalankan,“ katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Seorang ahli kariah Masjid Mukim Gong Kulim yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 38, berkata, penduduk di kampung berkenaan masih memanggil pengikut GISBH dengan panggilan ‘Orang Arqam’ kerana identiti dan penampilan mereka masih sama seperti dahulu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI