fbpx

Sultan Nazrin rasmikan bangunan SSM Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Perak terletak di Jalan Basco Kepayang, Ipoh.

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Perak di Jalan Basco Kepayang di sini yang terletak berdekatan dengan Stadium Perak.

Keberangkatan baginda ke majlis itu diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan berangkat sama, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; dan Pengerusi SSM, Ahmad Sabki Yusof.

Armizan sewaktu menyampaikan sembah ucapan berkata, Perak dan SSM mempunyai sejarah tersendiri kerana syarikat pertama yang telah didaftarkan oleh Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) atau kini SSM, dilakukan di negeri ini.

Jelasnya, sijil pemerbadanan syarikat pertama dalam negara telah dikeluarkan kepada Kuala Kangsar Plantations Company Limited pada tahun 1898.

“Sejak itu, negeri Perak terus berkembang pesat sebagai antara lokasi utama untuk menjalankan perniagaan dan memainkan peranan penting dalam pembangunan sektor korporat negara,” katanya dalam majlis itu yang disempurnakan oleh Sultan Nazrin.

Pejabat Pendaftar Syarikat di Perak mula beroperasi pada tahun 1992 di Bangunan Seri Kinta dan kemudian berpindah ke Kompleks Islam Darul Ridzuan dan dikenali sebagai Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) sebelum berpindah ke beberapa premis lain.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI