fbpx

Beri alasan tikus punca jalan raya berlubang, pekerja dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUBANG yang terbentuk di sebuah lebuh raya. - Foto Tangkap Layar/India Today

NEW DELHI – Khidmat seorang pekerja syarikat KCC Buildcon ditamatkan selepas dia memberi alasan bahawa tikus menjadi punca pembentukan lubang di sebuah lebuh raya di daerah Dausa, Rajasthan, lapor portal berita India TV.

Menurut syarikat yang terlibat dalam projek Lebuh Raya Delhi-Mumbai, pekerja itu merupakan kakitangan junior atau bukan kakitangan yang telah lama bekerja.

Dalam surat kepada Pihak Berkuasa Lebuh Raya Kebangsaan India (NHAI), KCC Buildcon menjelaskan bahawa komen pekerja itu adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan pengetahuan teknikal.

Syarikat tersebut mengesahkan pemberhentian pekerja itu dengan berkata: “Individu itu bukannya pengurus penyelenggaraan dan kenyataannya tidak tepat secara teknikal.”

Sebelum ini, pekerja itu yang bercakap kepada media berkata: “Berkemungkinan tikus atau haiwan kecil menggali lubang, menyebabkan air meresap.”

Pengarah Projek Lebuh raya di Dausa, Balvee Yadav menjelaskan bahawa runtuhan itu adalah berpunca daripada kebocoran air.

Dia memaklumkan bahawa pihak kontraktor segera memasang penghadang dan membaiki bahagian yang rosak. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI