fbpx

Duit tukang kebun melayang lebih setengah juta ditipu ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MUAR – Seorang bekas tukang kebun berputih mata apabila wang simpanan berjumlah RM542,444.89 miliknya lesap selepas terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 44 tahun semalam.

Pada 20 Ogos lalu, mangsa berkenalan dengan seorang individu di Facebook yang menawarkan peluang pekerjaan menjual barangan elektronik dan kesihatan secara dalam talian dengan pulangan komisen yang lumayan.

“Suspek meminta mangsa mendaftar sebagai ejen melalui satu laman sesawang yang diberikan seterusnya menggunakan wang sendiri sebagai modal. Oleh kerana berminat dan percayakan suspek, mangsa mendaftar sebagai ejen,” katanya hari ini.

Menurut Raiz Mukhliz, sejak 28 Ogos sehingga 15 September lalu, mangsa membuat beberapa transaksi ke dalam lapan akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM542,444.89.

Sehingga semalam, mangsa gagal mengeluarkan keuntungan seperti dijanjikan. Mangsa kemudian diminta untuk membuat pembayaran lagi namun enggan kerana berasa ditipu.

“Difahamkan, wang tersebut merupakan hasil simpanan mangsa yang pernah bekerja sebagai tukang kebun di luar negara sebelum ini,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI