fbpx

Kaji semula keputusan mansuh status sebahagian Hutan Simpan Segari Melintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEOR Razak (tengah, baju hijau muda) bersama wakil NGO pada sidang akhbar di Teluk Senangin dekat Lumut hari ini.

LUMUT – Lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat menggesa kerajaan negeri memperhalusi semula keputusannya memansuhkan sebahagian kawasan Hutan Simpan Segari Melintang khususnya berhampiran pesisir pesisir pantai dekat sini, bertujuan projek kuari batu granit.

Pegawai Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM) yang mewakili tujuh NGO itu, Meor Razak Meor Abdul Rahman, berkata tindakan menyahwartakan kawasan itu menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri tidak cakna terhadap alam sekitar demi kepentingan ekonomi.

Menurutnya, ia melibatkan kawasan seluas 548.1 hektar yang dimansuhkan kedudukannya sebagai hutan simpan yang dilindungi, pada 11 Mei tahun lalu.

Jelasnya, ia termasuk kawasan seluas kira-kira 287.8 hektar di pesisiran pantai Teluk Mengkudu, yang juga satu-satunya hutan bukit pantai yang masih terdapat di Perak.

Beliau memaklumkan, hutan bukit pantai itu mempunyai kepelbagaian biologi berbeza berbanding hutan darat terutama spesies-spesies pokok yang bernilai komersial, selain terdapat tiga air terjun termasuk satu air terjun unik iaitu terus mengalir ke laut.

Sementara, pantainya yang berpasir merupakan kawasan yang pernah menjadi lokasi pendaratan penyu, tempat nelayan berlindung apabila cuaca buruk serta menjadi zon penampan jika berlaku bencana alam seperti ribut dan tsunami.

“Penduduk khususnya nelayan menyuarakan kebimbangan apabila berlaku aktiviti pembersihan hutan menerusi kegiatan pembalakan di kawasan tersebut sejak kira-kira tiga bulan lalu,” katanya pada sidang akhbar di Teluk Senangin dekat sini, hari ini.

Menurutnya, kebimbangan mereka adalah termasuk kesan kepada kawasan penangkapan nelayan pesisir pantai dan kemerosotan kualiti air laut di perairan serta tiada lagi kawasan berehat nelayan di Pantai Teluk Akuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI