fbpx

Jenazah mendiang Koperal Petrus dibawa pulang ke Rh Janting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Panglima 9 Briged, Brigedier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun menghulurkan bantuan kewangan kepada balu mendiang Koperal Petrus Linggi Liman.

KAPIT – Jenazah mendiang Koperal Petrus Linggi Liman akan dibawa pulang ke Rumah Panjang (Rh) Janting, Lemujan, Pakan untuk dikebumikan.

Menurut Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) menerusi satu kenyataan, upacara pengebumian dijangka dibuat 27 September ini.

Mendiang merupakan anggota dari formasi 9 Briged, Sibu yang meninggal dunia setelah terkena tembakan yang tidak dikenal pasti ketika sedang melaksanakan Eksesais Pasak Bumi (EPB) Batalion Ke-3 Rejimen Renjer Diraja di Song, di sini awal pagi semalam.

Terdahulu, kenyataan itu menyatakan Panglima 9 Briged, Brigedier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun telah menziarahi keluarga mendiang di RKAT Kem Oya, semalam.

Dalam ziarah itu, Ahmad Norzaini telah menzahirkan ucapan takziah dan menghulurkan bantuan kewangan kepada balu mendiang.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata belum ada tangkapan ke atas suspek dibuat setakat ini.

“Belum ada tangkapan, pihak polis masih giat mengesan suspek yang terlibat,” katanya yang dihubungi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI