PUTRAJAYA- Seramai 8,195 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan Tahun 2024 bakal mengetahui keputusan masing-masing pada 1 Oktober depan.
Menurut Kementerian Pendidikan, semua calon boleh menyemak keputusan melalui beberapa kaedah yang ditetapkan bermula pukul 10 pagi, 1 Oktober ini.
Katanya, semakan melalui dalam talian boleh dilakukan menerusi pautan myresultspmu.moe.gov.my bermula pukul 10 pagi 1 Oktober sehingga pukul 6 petang 7 Oktober.
“(Kaedah semakan juga boleh dibuat) melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip SPMUNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
“Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 1 Oktober sehingga pukul 6 petang pada 7 Oktober,” katanya dalam kenyataan hari ini.
KPM mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2024 yang diduduki di 187 pusat peperiksaan seluruh negara. -KOSMO! ONLINE