fbpx

Kerajaan Perpaduan beri jaminan kestabilan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari

PETALING JAYA – Kerajaan Perpaduan hari ini memberikan jaminan kestabilan politik kepada rakyat dan keyakinan kepada pelabur sehingga telah memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan gabungan yang dibentuk pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu itu merupakan kerajaan terbaik yang ada setakat hari ini.

“Kita boleh bagikan kestabilan politik, rakyat yang ada dalam negara ini boleh buat apa sahaja mereka nak, tetapi kestabilan politik itu kita dah jamin, maknanya apa sahaja perbezaan di antara parti-parti yang bernaung di bawah Kerajaan Perpaduan ini tetap boleh bersama.

“Kestabilan politik itu penting, jika kestabilan ini ada datanglah apa pun pelabur akan tetap yakin,” katanya melalui satu klip video wawancara yang dimuatnaik di laman sosial Facebooknya hari ini.

Tambah Johari, sebelum ini pasaran saham negara telah mengalami kejatuhan sebanyak 1,400 namun kali ini telah kembali melonjak kepada lebih 1,600.

Walaupun masih jauh dengan 1,800 namun, jelas Johari, kerajaan telah lakukan usaha dan ternyata telah menghasilkan perkembangan yang baik.

“Bekerja dengan DAP, PKR, Amanah serta parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan yang tidak pernah kita kerjasama namun kali ini kita bekerja di bawah satu naungan.

“Benda boleh buat, ada juga benda yang kita tidak boleh buat. Apa yang penting kita perlu beri penerangan yang betul kepada ahli-ahli kita (UMNO), kita punya sahabat parti apa yang boleh kita lakukan.

“Jika kita bercakap benda yang benar dan hakikatnya betul, keyakinan rakyat itu akan ada terhadap pemimpin, maka senanglah kita nak buat kerja,” jelas Ahli Parlimen Titiwangsa itu lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI