fbpx

‘Tak tahu cerita sebenar, tak payah cakap sedap mulut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaquan Adha bengang apabila ada netizen cuba mengaitkan ibunya yang sedang sakit dengan bekas kakak iparnya, Rita Rudaini.

PETALING JAYA – Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha bengang apabila ada netizen cuba mengaitkan ibunya yang sedang sakit dengan bekas kakak iparnya, Rita Rudaini.

Zaquan atau nama lengkapnya Mohamad Zaquan Adha Abdul Razak, 37, berkongsi tangkap layar netizen berkenaan yang dilihat sengaja mencetuskan provokasi.

Dalam mesej yang dihantar melalui Instagram, netizen tersebut bertanya sama ada ibu Zaquan tidak mahu bertemu dengan cucu-cucunya yang merupakan anak kepada Rita Rudaini.

“Mak tak nak tengok cucu daripada Rita ke? Kesian Rita banyak memendam rasa. Semoga ada keajaiban untuk mak awak,” tulis netizen tersebut.

Disebabkan mesej itu, Zaquan yang juga merupakan suami kepada pelakon, Ayu Raudah menyelar netizen tersebut.

“Boleh tak kau tolong hormat privasi orang. Tak tahu apa-apa jangan sibuk masuk campur. Jaga rumah tangga kau sudah.

“Kau didik anak-anak kau supaya tak sibuk Hal orang. Kalau tak tahu cerita sebenar, tak payah sedap mulut nak cakap. Jangan nanti bila kau sakit nak mati nanti ada orang cakap bukan-bukan fasal kau.

“Aku memang pantang kalau libatkan mak aku. Kalau nak nasihat atau bercakap tolong pakai otak. Bodoh punya manusia,” tulis Zaquan dalam InstaStory.

Sebelum itu Zaquan yang juga merupakan adik kembar kepada bekas suami Rita iaitu Aidil Zafuan berkongsi sebuah video ibunya yang sedang sakit dan menerima rawatan di sebuah hospital.

“Terima kasih yang mendoakan kesihatan mak saya. Maaf kepada yang mesej bertanya tetapi saya tak sempat nak balas.

“Alhamdulillah mak dah sedar dan stabil tetapi masih di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU). Pagi ini mak suruh bawa makanan. Rezeki saya dapat suapkan makan untuk mak.

“Terima kasih kepada adik-beradik yang lain juga sama-sama pikul tanggungjawab ini. Insya-Allah selagi mak ada sama-samalah Kita buat yang terbaik untuk dia. Ini bahagian kita anak-anak,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI