fbpx

Pelbagai buku Al-Arqam, Aurad Muhammadiah dirampas di Pasir Puteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis dan penguat kuasa Jaheaik menunjukkan buku-buku berkaitan Al-Arqam dan Aurad Muhammadiah yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah amal dan sekolah milik GISBH di Gong Kulim, Pasir Puteh hari ini. -Foto PDRM

PASIR PUTEH – Pelbagai jenis buku berkaitan Al-Arqam dan Aurad Muhammadiah dirampas dalam serbuan di sebuah rumah amal dan sekolah milik GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di Gong Kulim, di sini hari ini.

Kesemua buku-buku itu ditemukan di dalam stor rumah amal terbabit dalam operasi selama tiga jam yang bermula pada pukul 9 pagi tadi.

Kesemua barangan rampasan itu dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, polis terpaksa memecahkan pintu rumah dan sekolah terbabit yang sudah tidak berpenghuni kerana ia berkunci.

Premis dan rumah amal terbabit yang sebelum ini menjadi tempat tinggal lebih 60 orang pengikut GISBH sudah dikosongkan selepas polis melakukan serbuan di rumah isteri kedua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH di Kampung Panji, Kota Bharu pada Sabtu lalu.

Operasi itu turut disertai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI