fbpx

Ibu serbu pusat snuker bawa ‘hanger’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang dikongsi Hairie Daniel.

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita telah menyerbu sebuah pusat snuker dengan ‘hanger’ atau penyangkut baju telah tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok Hairie Daniel, wanita tersebut yang juga ibunya telah ke pusat snuker untuk mencari salah seorang ahli keluarga mereka.

Berdasarkan video yang dikongsi itu, wanita tersebut turut ditemani beberapa ahli keluarga yang lain.

Semasa ‘serbuan’ dilakukan kelihatan anak kepada wanita itu sedang leka bermain snuker bersama beberapa rakannya sebelum menyedari kehadiran ibunya.

“Polis pencen mai melawat anak,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi kisah sama yang berlaku ke atas mereka sebelum ini.

“Macam kawan sayalah suami isteri pergi melawat anak dia main snuker malam-malam buta,” tulis @fazlindajaafar.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Mama Mardhiah.

“Saya cari suami kat snuker pakai purdah, jubah hitam tutup habis, dengan orang dalam tu sekali menjerit,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

@hairiedaniel27 polis pencen Mai melawat anak 🤣 #dirotanibu #fyp ♬ Funny – Gold-Tiger

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI