fbpx

PM bantu mangsa banjir di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul (tengah) pada Majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Banjir Pulau Pinang di Tasek Gelugor, hari ini.

SEBERANG PERAI – Kerajaan Persekutuan memberi sumbangan berjumlah RM1,500 kepada 202 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di negeri ini.

Menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000 disalurkan kepada penerima manakala RM500 lagi adalah sumbangan peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, setiap keluarga yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) minggu lalu menerima bantuan terbabit.

“Mudah-mudahan dengan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban dan mempermudahkan mangsa untuk memperbaiki apa-apa kerosakan yang berlaku disebabkan banjir.

“Kita akan terus bekerja keras untuk memastikan bantuan sama ada kewangan, perubatan dan makanan diberi segera kepada yang memerlukan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa bencana di Sungai Dua, di sini hari ini.

Sementara itu, salah seorang mangsa, Hamid Hashim,69, berkata, bencana yang berlaku di Padang Menora menyebabkan kebanyakan perabot di kediamannya rosak.

“Air naik dengan cepat, malah tak sempat nak selamatkan barang-barang tapi mujurlah semua ahli keluarga selamat.

“Dengan bantuan yang diterima ini, dapatlah saya menggantikan barangan dan perabot yang yang rosak,” katanya.

Untuk rekod, dari 17 hingga 21 September lalu, sebanyak 11 PPS dibuka di tiga daerah iaitu Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Utara membabitkan 760 mangsa daripada 202 keluarga.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI