fbpx

GISBH: Amirudin menghadap Sultan Selangor hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin meninjau tapak pameran program itu di SCCC, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyembah maklum perkembangan isu GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), hari ini.

Menurut Datuk Seri Amirudin Shari, urusan berkaitan agama Islam di negeri ini secara asasnya di bawah kelolaan baginda sepenuhnya.

Jelas beliau, Sultan Sharafuddin telah memanggil menghadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan polis beberapa hari lalu.

“Saya juga telah diberikan taklimat daripada sebahagian mereka dan kita sedang mengambil langkah susulan yang agresif.

“Insya-Allah saya akan menghadap Tuanku hari ini. Banyak hal akan dimaklumkan dan ini juga perjumpa mingguan dengan baginda,” katanya selepas merasmikan sesi dialog Belanjawan Selangor 2025 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, kata Amirudin, perubahan taktik berkaitan GISBH menjadi antara punca isu itu didakwa agak lewat untuk didedahkan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI