fbpx

AS kerah tentera tambahan ke Asia Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mengerahkan ‘sebilangan kecil’ tentera tambahan ke Asia Barat sebagai tindak balas kepada ketegangan yang meningkat di rantau itu, kata Pentagon semalam tanpa memberikan butiran lanjut.

Pengumuman itu dibuat ketika kebimbangan mengenai perang serantau yang lebih meluas semakin meningkat, dengan Israel menyerang beratus-ratus sasaran di Lebanon.

Ia merupakan peningkatan rentas sempadan paling membawa maut dalam tempoh hampir setahun keganasan antara tentera Israel dan pejuang Hizbollah.

“Memandangkan ketegangan yang meningkat di Asia Barat dan atas rasa berhati-hati, kami menghantar sejumlah kecil anggota tentera AS sebagai pertambahan kepada pasukan kami yang sudah sedia berada di rantau itu,” kata jurucakap Pentagon, Mejar Jeneral Pat Ryder.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan maklumat lanjut atas sebab keselamatan.

“Kami mempunyai lebih banyak keupayaan di rantau itu pada hari ini berbanding apa yang kami lakukan pada 14 April lalu ketika Iran melakukan serangan dron dan peluru berpandu terhadap Israel.

“Justeru, semua keupayaan itu jika digabungkan, memberikan kita pilihan untuk melindungi pasukan AS sekiranya mereka diserang,” kata Ryder.

AS mempunyai beribu-ribu tentera di rantau Asia Barat serta menempatkan kapal perang, jet pejuang dan sistem pertahanan udara yang dikerahkan untuk melindungi askarnya sendiri dan Israel.

Dalam pada itu, akhbar Arab News melaporkan, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin sebelum ini mencadangkan agar tiada campur tangan luar terlibat dalam konflik tersebut.

“Kami menjelaskan bahawa AS tetap bersiap sedia untuk melindungi tentera dan kakitangannya serta bertekad untuk menghalang mana-mana pihak serantau daripada mengeksploitasi keadaan atau meluaskan konflik,” kata Pentagon dalam satu kenyataan. – AFP/AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI