fbpx

SPRM anjur persidangan mantap tatakelola, bebas rasuah buat perancang dasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) akan menganjurkan Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Anti Rasuah pada 26 hingga 27 September ini di Hotel Tenera Bangi, Selangor.

Bertemakan Mendepani Ancaman Rasuah: Pembanterasan Secara Kolektif, persidangan itu dilihat menjadi platform terbaik kepada perancang dasar dan pemain industri dalam menilai, merancang serta mengambil tindakan bersesuaian dalam membina negara mantap tatakelola dan bebas rasuah.

Pengarahnya, Datuk Idris Zaharudin berkata, persidangan itu turut menjadi platform
berkongsi hasil penyelidikan dalam konteks governans, integriti dan anti rasuah.

Katanya, pada sesi itu, peserta juga akan membincangkan isu-isu semasa berkaitan risiko rasuah, pelanggaran integriti dan kelemahan tatakelola yang boleh ditambah baik.

“Persidangan itu merupakan platform penyampaian secara terbuka kepada semua pemegang taruh yang berkaitan dengan tajuk-tajuk dibentangkan untuk mereka mengambil perhatian sekiranya terdapat syor penambahbaikan yang berguna untuk diterapkan agensi masing-masing.

“Malahan sehingga kini, tiada persidangan seumpana itu dilaksanakan oleh mana-mana agensi untuk menunjukkan secara telus apa yang dilaksanakan SPRM dan institusi penyelidikan.

“Ia bakal memberikan keyakinan tinggi kerana kajian dilaksanakan bukan sekadar persepsi semata-mata, tetapi merupakan kajian lapangan bersama responden serta menggunakan metodologi tertentu hingga kajian ini ditafsirkan sebagai kajian yang valid (sah) dan reliable (dipercayai),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebanyak tujuh tajuk penyelidikan akan dibentangkan pada tahun ini oleh lima universiti termasuk Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Berdasarkan hasil dan syor hasil penyelidikan yang dibentangkan dalam dua siri persidangan sebelum ini, terdapat 18 syor telah diangkat ke platform Jawatankuasa Khas Kabinet TataKelola Nasional (JKKTN).

Malahan terdapat juga tujuh syor daripada 18 kertas penyelidikan telah dibentangkan sejak 2022-2023 yang diangkat menjadi substrategi di dalam dokumen Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI