fbpx

GISBH: Tiada yang serah diri setakat ini – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin.

PETALING JAYA – Tiada individu yang berkait GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) menyerah diri mereka pada pihak berkuasa setakat ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ramai ahli GISBH bertindak melarikan diri tanpa arah tuju serta tidak mempunyai tempat tinggal.

“Tiada (ahli GISBH) yang serah diri bagi membantu siasatan setakat ini.

“Sebelum ini, kita ada kesan bekas ahli mereka yang mana di Selangor sahaja, kita terima sebanyak 17 laporan,” ujarnya ringkas ketika dihubungi Kosmo!

Dalam perkembangan lain, beliau juga menyelar dakwaan yang mengaitkan pegawai kanan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak melindungi GISBH.

“Ia merupakan satu fitnah terhadap pasukan, yang dicipta pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan akaun palsu.

“Dakwaan tersebut adalah tidak benar dan berniat jahat,” jelasnya.

Semalam, beliau meminta ahli GISBH yang melarikan diri tanpa arah tuju dan tidak mempunyai tempat tinggal agar tampil membantu siasatan.

Ujar beliau, dalam hal ini, dengan berteraskan ihsan dalam Rukun Madani Kerajaan Malaysia yang cukup sinonim dengan kepedulian dan belas kasihan, pihaknya amat prihatin terhadap ahli-ahli GISBH yang bertindak sedemikian.

Justeru, beliau menasihatkan dan menyeru mereka membantu siasatan agar kerajaan Malaysia dapat memberikan bantuan yang sewajarnya dalam pelbagai bentuk termasuk kebajikan dan sokongan psikologi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI