fbpx

9 abang bomba angkat ular sawa gergasi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA-anggota bomba memegang seekor ular sawa yang terlalu Panjang. - Foto detikSulsel 

JAKARTA – Seekor ular sawa gergasi sepanjang 7 meter berjaya ditangkap ketika memasuki kawasan penempatan penduduk di wilayah Sulawesi Selatan, lapor portal berita Detik Sulsel semalam.

Ular itu ditangkap oleh anggota-anggota bomba dan penduduk tempatan di Bacukiki Barat, Kota Parepare pada pukul 5.30 petang (waktu tempatan).

Sebahagian penduduk yang melihat reptilia itu menjerit ‘histeria’ ketika anggota-anggota tersebut memegang ular tersebut yang panjang.

“Kita memindahkan ular sepanjang 7 meter,” kata Ketua Jabatan Bomba Parepare, Fransiskus dan menambah, reptilia itu cuba menyerang penduduk ketika usaha untuk menangkapnya dilakukan.

Ular itu kemudian dibawa ke Pejabat Jabatan Bomba Parepare.

Seramai sembilan anggota bomba yang mengangkat ular sawa tersebut dan tiada ada laporan tentang kecederaan ketika proses menangkapnya dilakukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI