fbpx

8 hari bertarung nyawa, lelaki Nepal meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal Modenas Kriss yang dinaiki lelaki Nepal yang maut terlibat dalam kemalangan di Kilometer 21.5, Jalan Muar-Tangkak.

TANGKAK – Seorang lelaki warga Nepal meninggal dunia selepas lapan hari bertarung nyawa di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar dekat sini akibat kemalangan jalan raya di Kilometer 21.5, Jalan Muar-Tangkak, 15 September lalu.

Mangsa yang berusia 47 tahun menghembus nafas terakhir pada pukul 3.30 petang semalam ketika menerima rawatan akibat mengalami kecederaan parah pada kepala, tangan dan kaki.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib, kemalangan berlaku pada kira-kira pukul 9.30 malam apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dari Sungai Mati, Muar menghala ke Tangkak.

“Setibanya di tempat kejadian, motosikal berkenaan dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu terlanggar sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna kelabu yang datang dari arah Tangkak menghala ke Sungai Mati.

“Disebabkan oleh pelanggaran yang berlaku, motosikal tersebut telah tercampak semula ke laluan sebelah sebelum datang sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna putih dari arah belakang lalu terlanggar motosikal tersebut,”katanya di sini hari ini.

Tambah Roslan, akibat daripada kemalangan tersebut dikejarkan ke Hospital Tangkak pada hari kejadian sebelum dirujuk ke HPSF.

“Malangnya, semalam (23 September) kira-kira pukul 3.30 petang, penunggang motosikal tersebut telah disahkan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di HPSF, Muar,”katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI