fbpx

Pengikut GISBH dianggar cecah 10,000 orang – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin bercakap pada sidang akhbar Op Global di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Dianggarkan seramai 10,000 orang pengikut GISB Holding Sdn Bhd (GISBH) meliputi individu yang berada di dalam dan luar negara termasuklah golongan kanak-kanak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata, bagaimanapun pihaknya belum dapat mengesahkan angka sebenar jumlah pengikut kumpulan berkenaan dan perkara itu masih dalam siasatan.

“Kita menganggarkan lebih kurang dalam 10,000 (orang), termasuk kanak-kanak. Namun, kita perlu sahkan daripada siasatan kita nanti,” katanya pada sidang akhbar khas di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Razaruddin berkata, polis membekukan sebanyak 153 akaun GISBH dengan 138 akaun berjumlah RM882,795.94 manakala 15 lagi sudah ditutup.

tindakan pembekuan dilakukan mengikut Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2001 (Akta 613) dan penyitaan mengikut Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001 (Akta 613) dilakukan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman.

“Manakala sebanyak 22 kereta pelbagai jenis bernilai anggaran RM1,872,085.00 dan 14 lot hartanah sudah dijalankan tindakan pembekuan.

“Tindakan penyitaan juga turut dijalankan mengikut Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001 (Akta 613) dengan jumlah terkini keseluruhan seperti 16 kereta pelbagai jenis dengan nilai berjumlah RM2,078,000.

“26 haiwan terdiri daripada sembilan kuda, 14 arnab dan tiga burung merak, wang tunai bernilai RM18,650, dua jam jenama Amazfit anggaran RM600,” jelasnya.

Tambah Razarudin, pihaknya turut terkesan beberapa komen negatif dilontarkan pengguna media sosial mendakwa pihak polis mengabaikan haiwan yang dirampas daripada premis milik GISBH.

“PDRM menafikan tuduhan itu yang mana secara hakikatnya, satu tindakan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Pihak Berkuasa Tempatan diambil dan sedang dilaksanakan bagi menjalankan pemeriksaan dan penjagaan terhadap haiwan haiwan yang dirampas.

Sebagai makluman, sebelum perintah pelupusan diperoleh daripada mahkamah, PDRM adalah sebagai pihak yang bertanggungjawab menguruskan makan dan minum haiwan yang dirampas berkenaan,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI