fbpx

Hanya 75,573 kontraktor bumiputera berdaftar dengan CIDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIDB

PETALING JAYA – Kira-kira 75,573 kontraktor bumiputera daripada 133,380 dilaporkan berdaftar di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

CIDB dalam kenyataan berkata, statistik mendakwa terdapat lambakan kontraktor Bumiputera mencecah 140,000 adalah tidak benar.

Menurutnya, CIDB telah memperkenalkan CIMS (Centralised Information Management System) pada 2017 untuk memusatkan semua proses pendaftaran kontraktor dan personnel binaan secara dalam talian.

“Semakan Pematuhan Kontraktor (SPEK) juga dilaksanakan untuk memastikan maklumat yang diisytiharkan oleh kontraktor semasa proses pendaftaran, pengisytiharan projek/levi dan permohonan SCORE/MCORE mematuhi akta, peraturan dan Manual Prosedur yang ditetapkan.

“Bagaimanapun, terdapat penurunan kadar kepatuhan yang ketara dari 78 peratus pada 2021 kepada 70 peratus pada Ogos 2024 dalam memastikan pengisytiharan kendiri yang tepat dan beretika oleh kontraktor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, salah satu faktor yang dikenal pasti melalui audit SPEK adalah kecenderungan kontraktor untuk menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab pengisytiharan kendiri kepada ejen.

Jelasnya, penggunaan ejen yang tidak bertanggungjawab oleh sesetengah kontraktor menyebabkan berlakunya pemalsuan dan manipulasi maklumat, sekali gus menyumbang kepada peningkatan jumlah kontraktor yang tidak patuh kepada peraturan.

“Peningkatan ini menggambarkan kesan penggunaan ejen dalam pengurusan pengisytiharan kendiri, di mana kontraktor yang sepatutnya mengesahkan sendiri maklumat yang mereka isytiharkan, sering kali menyerahkan tanggungjawab tersebut bulat-bulat kepada ejen tanpa semakan lanjut.

“Akibatnya, integriti kontraktor terjejas dan CIDB menghadapi cabaran dalam memastikan kepatuhan kontraktor,” katanya.

Oleh itu, ujarnya, terdapat keperluan mendesak untuk memperketatkan kawalan dan memastikan kontraktor lebih bertanggungjawab dalam proses pengisytiharan, terutamanya yang melibatkan pihak ketiga. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI