fbpx

Lelaki dengar bisikan halus nyaris terjatuh dari Jambatan Tendong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang awam menenteramkan mangsa daripada terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, Kota Bharu hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

KOTA BHARU – Seorang buruh yang dipercayai terdengar bisikan halus sempat diselamatkan oleh orang awam daripada terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, di sini hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong, Suhardi Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.22 malam sebelum anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, semasa tiba di jambatan tersebut, lelaki berusia 29 tahun itu sudah dipegang oleh orang awam untuk mengelakkan dia daripada terjatuh ke dalam sungai.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memujuk lelaki itu daripada cuba untuk terjun.

“Lelaki itu membatalkan hasrat itu selepas isterinya yang berusia 29 tahun tiba di lokasi kejadian dan memujuk mangsa,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Suhardi memberitahu, siasatan mendapati, mangsa memandu kereta jenis Proton Gen-2 dan berhenti sebelum bertindak memanjat pagar jambatan itu.

Beliau berkata, isterinya memaklumkan bahawa lelaki itu sebelum ini mengalami masalah mental.

Tambahnya, lelaki itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI