fbpx

Kelayakan Piala Asia B-20: Malaysia kekal tanpa kalah, ikat Korea Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA pemain negara, Danish Hakimi Sahaludin (tengah) Muhammad Danial Mohd Nor (kiri) mengawal ketat pergerakan pemain lawan, Ri Jong Dok pada aksi kelayakan Piala Asia B-20, sebentar tadi. - FAM

KUALA LUMPUR – Skuad bawah 19 (B-19) negara meneruskan aksi baik pada perlawanan kedua Kumpulan E kelayakan Piala Asia B-20 2025 apabila mengikat Korea Utara tanpa jaringan di Stadium Republican Central, sebentar tadi.

Walaupun tidak mampu merealisasikan misi tiga mata, keberanian ‘ubi muda’ negara pada kempen kali ini menghidupkan harapan untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia B-20 di China, tahun depan.

Terdahulu, Korea Utara jelas memanfaatkan kelebihan fizikal apabila dilihat mendominasi permainan di babak pertama sekaligus memaksa pemain negara lebih tertumpu kepada tugasan bertahan.

Pemain negara tetap cuba melakukan gerakan menerusi serangan balas namun sering dilihat berdepan kesukaran kerana Korea Utara ambil pendekatan tekanan lebih awal bermula di kawasan Malaysia.

Walaupun Korea Utara terus memberikan tekanan, disiplin pemain negara ketika melakukan tugasan bertahan wajar dipuji sekaligus mengekalkan kedudukan 0-0 dalam tempoh satu jam permainan.

Minit ke-67, sepakan percuma Mohammad Haykal Danish hampir membuahkan hasil namun lencongan dilakukannya berjaya ditepis penjaga gol lawan, Hong Kil Ryong.

Seterusnya, bintang muda negara dilihat makin berani untuk melakukan gerakan lebih berkualiti namun tiada jaringan mampu dihasilkan.

Anak buah Juan Torres Garrido bakal berdepan ujian lebih mencabar apabila dijadualkan menentang tuan rumah, Tajikistan, Jumaat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI