fbpx

Polis siasat video turunkan Jalur Gemilang, simbolik pemisahan Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular di Facebook tiga hari lalu.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat satu video tular yang memaparkan beberapa individu menurunkan bendera Jalur gemilang diturunkan dan digantikan dengan bendera Sabah dan Sarawak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap penularan video mengenai sabotaj Jalur Gemilang.

Katanya, siasatan polis mendapati kejadian itu dikesan berlaku di Melbourne, Australia pada 16 Sept lalu.

“Kita mendapati sekumpulan individu menurunkan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang sebagai simbolik menamatkan penjajahan Malaysia terhadap dua negeri berkenaan dan menjadikannya sebagai republik.

“Setakat ini, polis menerima sebanyak 35 laporan polis mengenai penularan video berkenaan melibatkan 34 laporan polis dibuat di Sabah dan satu di Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini, hari ini.

Jelas Razarudin, siasatan lanjut polis dalam isu itu mendapati video berkenaan ditularkan oleh seorang pemilik akaun media sosial iaitu warga tempatan beralamat di Sabah.

Jelasnya lagi, semakan lanjut polis mendapati individu itu memiliki dua rekod jenayah lampau kesalahan di bawah Seksyen 500 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta sedang dibicarakan di Mahkamah Kota Kinabalu.

“Suspek bagaimanapun bebas dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 di mahkamah sementaran sedang menunggu sebutan semula kes pada November depan.

“Pada masa yang sama, kita juga sedang menyiasat hubungan antara suspek dengan individu yang dirakam melakukan perbuatan berkenaan (menurunkan bendera),” ujarnya.

Tiga hari lalu, tular di Facebook DemiRakyat Channel berdurasi lapan minit 13 saat yang memaparkan sekumpulan individu bertindak menurunkan bendera Malaysia dan menaikkan bendera Sabah dan Sarawak pada paras separuh tiang di hadapan bangunan Parlimen Victoria di Melbourne, Australia.

Tindakan menaikkan bendera Sabah dan Sarawak separuh tiang didakwa sebagai protes mengenai penjajahan terhadap kedua-dua negeri tersebut.

Sekumpulan individu dalam video berkenaan juga turut menyanyikan lagu Sabah Tanah Airku yang diubah lirik dari negeri kepada negara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI