fbpx

Polis buru suspek ugut Dr. Maza babit GISBH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Maza

KUALA LUMPUR – Polis telah membuka kertas siasatan berkenaan ugutan yang diterima oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau dikenali Maza kelmarin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, hasil siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku pada pukul 8.56 pagi semasa Mufti Perlis berada di pejabatnya di Bangunan Dato Mahmud Mat, Kangar, Perlis.

Katanya, semasa kejadian pengadu mufti telah menerima pesanan mesej daripada nombor telefon tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp.

“Terdapat empat pesanan mesej dihantar berkaitan Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH) berkaitan perniagaan milik syarikat itu tidak dapat ditandingi dalam negara.

“Bagaimanapun, beliau (Maza) tidak mengendahkan mesej itu menyebabkan individu terbabit menghantar mesej berbaur provokasi dan ugutan tetapi beliau (mufti) percaya pesanan WhatApp menunjukkan satu ugutan jenayah kerana maksud kafir harbi (kafir yang boleh diperangi) adalah menghalalkan darah.

“Susulan itu, mufti tampil membuat laporan di Balai Polis Kangar kelmarin untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika sidang akhbar di Pulapol Kuala Lumpur, hari ini.

Razarudin berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan kes ugutan ke atas Mufti mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mendatangkan ugutan jenayah.

Katanya, jika disabitkan kesalahan oleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun atau boleh dikenakan denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

“Polis kini telah mempergiat usaha untuk mengesan suspek yang menghantar ugutan jenayah itu kepada mufti,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI