fbpx

Gambar bayi comel bertukar jadi ‘hantu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR bayi bertukar menjadi 'hantu'. - Foto Google Maps/@mydearmarie0326 on X

TOKYO  – Gambar wajah bayi comel yang menghiasi sebuah papan tanda perniagaan bertukar menjadi ‘hantu’ yang menakutkan di Jepun, lapor portal berita MSN News hari ini.

Keadaan yang berlaku di sebuah kedai di Hangai Nagahama, wilayah Shiga itu disebabkan oleh dakwat menjadi cair akibat cuaca terlampau panas.

Kedai itu diasaskan pada tahun 1933 dan menjual lebih 70,000 barangan daripada pakaian hinggalah kepada perkakasan tempat tidur.

Media Jepun mula-mula melaporkan papan tanda kedai itu cair pada Ogos tahun lalu berikutan gelombang haba yang kuat sehingga mencairkan dakwat pada mata dan mulut bayi tersebut.

Ia menyebabkan wajah bayi itu bertukar menjadi gelap dan mirip hantu dalam filem The Grudge, arahan seorang pengarah filem Jepun dan ditayangkan pada 2004.

Pemilik kedai itu memberitahu saluran televisyen Fuji News Network bahawa perubahan wajah bayi itu berlaku buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun selepas dakwat pada papan tanda itu cair.

Dia mula-mula melihat perubahan wajah tersebut awal Ogos lalu dan mahu menggantikan papan tanda itu.

Bagaimanapun, disebabkan oleh cuti perayaan  Obon, dia membiarkan papan tanda itu sebagai pengalaman seram pada musim panas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI