fbpx

Parkir percuma ke? SUV atas tong roro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH SUV diletakkan di atas tong roro di Fort Myers, negeri Florida. – AGENSI

MIAMI, Florida –  Misteri sebuah kenderaan utiliti sukan(SUV) yang diletakkan di atas tong sampah roro di negeri Florida didedahkan sebagai berada di tempat salah serta mempunyai kaitan dengan forklift, demikian menurut agensi berita UPI  semalam. 

Seorang lelaki bernama Scott Greenberg berkata, dia sedang dalam perjalanan  ke kedai apabila melihat SUV itu berada di atas tong roro di  East Point Drive, Fort Myers.

“Saya menghantar mesej teks kepada rakan saya. Saya bertanya bolehkan ini dilakukan? Adakah ia adil? Kenderaan itu diletakkan  di tempat pembuangan sampah,” katanya kepada stesen televisyen tempatan, WBBH-TV.

Menurut laporan tempatan, SUV itu diangkat menggunakan jentera forklift yang dipandu seorang pekerja binaan untuk projek bangunan apartmen baharu di kawasan itu.

Beberapa pekerja berkata, kenderaan itu diletakkan di kawasan pembinaan.

“Kadang kala apabila anda meletak kenderaan di tempat tidak sepatutnya, inilah yang berlaku,” kata seorang pekerja binaan.

SUV itu kemudian dipindahkan dari tempat pembuangan sampah ke sebuah kawasan parkir di luar tapak pembinaan tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI