fbpx

Norris ada peluang cabar gelaran dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORRIS terus menunjukkan prestasi hebat apabila berjaya menjuarai GP singapura malam kelmarin. - AFP

SINGAPURA – Pemandu McLaren, Lando Norris menegaskan masih ada peluang memintas Max Verstappen di puncak kedudukan kejuaraan pemandu Formula Satu (F1) untuk muncul juara dunia tahun ini selepas menoktahkan kemenangan Grand Prix (GP) Singapura malam kelmarin.

Pada perlumbaan di Marina Bay tersebut, Norris menguasai perlumbaan dari mula hingga tamat sekali gus berjaya mengurangkan jurang mata dengan Verstappen kepada 52 mata ketika perlumbaan F1 hanya berbaki enam pusingan sebelum menutup tirai secara rasmi pada 8 Disember depan di GP Abu Dhabi.

Pemandu Britain berusia 24 tahun itu menunjukkan prestasi luar biasa apabila memenangi dua daripada empat perlumbaan terakhir, manakala Verstappen mengalami kemerosotan prestasi mendadak ketika ini.

“Inilah yang perlu saya lakukan dan kami telah menjalankan tugas dengan sempurna sebagai satu pasukan. Lebih membanggakan apabila rakan sepasukan saya, Oscar (Piastri) berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga hari ini.

“Tetapi kami perlu teruskan usaha ini di setiap perlumbaan sehingga akhir tahun jika saya mahu mengejar Max (Verstappen). Kami bekerja keras dan jika saya kekalkan prestasi seperti hujung minggu ini, ia pasti boleh dicapai (gelaran dunia),” kata Norris.

Sebelum ini, Verstappen kelihatan berada di landasan tepat untuk merangkul gelaran keempat berturut-turut selepas memenangi tujuh daripada 10 perlumbaan awal.

“Secara keseluruhannya, kereta kami sangat hebat sepanjang minggu ini. Saya rasa berada dalam keadaan terbaik. Kami benar-benar pantas dan apabila saya kembali mendapat rentak yang baik, kami mampu memecut laju,” tambah Norris. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI