fbpx

Lelaki dibaham buaya dijumpai terapung, tangan dan kaki kiri hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa dibawa ke tebing selepas dijumpai terapung.

MIRI – Lelaki yang dibaham buaya ketika memasang pukat ikan di sungai Batu 4, Jalan Kuala Baram di sini, semalam telah dijumpai hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata,  mayat mangsa yang berusia 59 tahun itu dijumpai dalam keadaan terapung oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 1.45 tengah hari tadi.

“Mayat mangsa dijumpai dengan tangan dan kaki kirinya hilang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Pihak bomba menerima laporan mengenai kehilangan lelaki itu pada pukul 5.55 petang semalam.

Susulan itu, katanya operasi mencari dan menyelamat digerakkan pada hari sama, namun gagal menjumpai lelaki tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI