fbpx

Penjual ulam rayu hukuman ringan, beri rasuah gara-gara ‘air law’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkefli didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas tuduhan rasuah pada Februari lalu.

ALOR SETAR – ‘Saya memohon hukuman ringan sebab saya tidak ada kerja, hanya kutip ulam kampung dengan pendapatan tidak menentu antara RM10 hingga RM20 sehari’

Demikian rayu tertuduh, Zulkefli Yaakob, 63, selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi rasuah wang tunai RM350 kepada anggota polis pada Februari lalu.

Rasuah itu didakwa sebagai balasan supaya tidak mengambil tindakan ke atasnya kerana memiliki air putih memabukkan dikenali sebagai ‘air law’.

Zulkefli yang masih bujang juga memberitahu mahkamah bahawa dia perlu menanggung abang dan adik-adiknya selain menghidap penyakit asma.

Hakim N. Priscilla Hemamalini kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 dan penjara dua bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda dikenakan. Zulkefli membayar denda tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Kampung Lalang menghala Balai Polis Baling di Kampung Bongor, Baling dekat sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari, 11 Februari lalu.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, warga emas terbabit didakwa menghulurkan wang tunai RM350 itu kepada anggota polis yang menahannya, namun anggota terbabit memberi amaran supaya lelaki itu tidak berbuat demikian sebelum membuat laporan berhubung kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mohd Zulfadli Azharudin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI