fbpx

123 PATI dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA PATI yang dibawa ke Mahkamah Majistret Pontian hari ini bagi menghadapi pelbagai tuduhan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

PONTIAN – Seramai 123 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari beberapa negara dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Kesemua tertuduh terdiri daripada 25 warga Myanmar, Indonesia (63), Pakistan (7), Bangladesh (20), India (3), Thailand (2), Filipina dan Morocco masing-masing seorang.

Mereka ditahan dalam Operasi Bersepadu oleh Jabatan Imigresen Johor ( JIM ) di sekitar Johor baru-baru ini. Daripada jumlah itu, seramai 37 PATI didakwa tinggal di negara ini tanpa dokumen yang sah.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6 (3) akta yang sama boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali serta enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, 77 orang PATI didakwa berada di negara ini dengan memiliki pasport yang telah tamat tempoh.

Manakala dua orang PATI dituduh dibawah Seksyen 36 Akta Imigresen 1959/63, enam PATI dibawah Seksyen 39 (b) dan 2 dibawah Seksyen 5 (2).

Semua tuduhan terhadap PATI dibacakan di hadapan Hakim Hazeelia Muhammad. Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JIM Johor, Sarvena Giman, Nor Khalilah Johari, Asanuddin Arapa dan Sakthi Muthi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI