fbpx

Counter Setting: Pengarah syarikat warga Bangladesh dicekup terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek direman selama dua hari selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengarah syarikat warga Bangladesh yang disyaki menjadi ejen sindiket dengan memberi rasuah kepada pegawai penguat kuasa menggunakan modus operandi ‘Counter Setting’.

Ia bagi membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara dengan melalui kaunter tertentu tanpa melalui pemeriksaan ditetapkan.

Susulan itu, Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan suspek direman selama dua hari sehingga 24 September selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu dipercayai memberi rasuah kira-kira RM200 hingga RM25,000 kepada pegawai penguat kuasa sebagai balasan melindungi, memudahkan urusan dan tidak mengambil tindakan kepada warga asing yang tidak memenuhi syarat serta tidak mengikut prosedur yang sah.

Kata sumber, penahanan tersebut adalah susulan tangkapan yang dilakukan sebelum ini.

“Suspek dipercayai bertindak sebagai seorang ejen serta menjadi orang tengah dan telah melakukan kesalahan tersebut di antara tahun 2022 hingga 2024.

“Suspek telah ditahan dalam satu operasi yang dijalankan oleh SPRM sekitar Lembah Klang pada jam 8 malam semalam, ” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI