fbpx

‘Di sebalik ujian ada hadiah’ – Rita Rudaini penerima Anugerah Ibu Ikon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rita menerima Anugerah Ibu Ikon sempena majlis Anugerah Wanita Ikon 2024/2025.

PETALING JAYA – Pelakon Rita Rudaini diangkat sebagai penerima Anugerah Ibu Ikon sempena majlis Anugerah Wanita Ikon 2024/2025.

Rita atau nama sebenarnya, ,Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, berharap anugerah yang diterima memberikan inspirasi dan motivasi buat para ibu di luar sana agar jangan sesekali mengalah dalam memberikan yang terbaik buat anak-anak.

“Terima kasih Ikon Malaysia untuk Anugerah Ibu Ikon 2024/2025 sempena Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025.

“Saya akan terus memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana,” katanya menerusi hantaran terbaharu dalam Instagram.

Dalam pada itu, Rita yakin setiap wanita di luar sana juga adalah ikon kerana mereka mempunyai kekuatan dan kehebatan tersendiri dalam mendidik anak-anak.

“Kita semua wanita kuat, kita semua adalah ikon! Tidak mudah walaupun ada di antara kita berlainan latar belakang, ujian dan rasa itu tetap sama.

“Percayalah di sebalik ujian itu ada ‘hadiah’ manis yang Allah berikan iaitu ‘anak’. Jagalah, sayangilah dan didiklah mereka kerana Allah,” ujarnya.

Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan pada 2008 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15 danAirit Qaqa Arjuna 13 tahun.

Bagaimanapun, ikatan perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian pada September 2013.

Anak sulung Rita, Airit Rayyan berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan gred purata nilai 3.99 pada peperiksaan semester di MRSM Sungai Besar.

Airit Rayyan juga pernah menerima Anugerah Pengetua yang diberikan kepada pelajar yang memperoleh Purata Nilaian Gred (PNG) 3.50 dan ke atas selain cemerlang dalam bidang sukan serta kokurikulum.

Majlis Anugerah Wanita Ikon 2024/2025 berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), Kuala Lumpur, semalam.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Anugerah diperkenalkan bagi memartabatkan wanita dalam pencapaian mereka merangkumi kerjaya, keluarga dan masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI