fbpx

Anwar ucap tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dissanayake muncul sebagai pemenang pilihan raya Presiden Sri Lanka. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake, atas kemenangan beliau sebagai pemenang pada pilihan raya Presiden Sri Lanka.

Ucapan tahniah itu dimuat naik oleh Anwar secara ringkas pada Facebooknya hari ini.

“Tahniah kepada Presiden Anura Kumara Dissanayake dan Sri Lanka atas kejayaan pilihan raya mereka.

“Lihat ke hadapan untuk memperbaharui ikatan persahabatan dengan Sri Lanka tidak lama lagi serta bekerjasama untuk kepentingan rakyat kita,” katanya.

Media antarabangsa melaporkan, Dissanayake iaitu calon Parti National People’s Power (NPP), muncul sebagai pemenang dalam pilihan raya Presiden Sri Lanka yang diadakan pada Sabtu.

Memandangkan tiada calon memperoleh lebih daripada 50 peratus undi, Suruhanjaya Pilihan Raya mengira pilihan kedua dan ketiga daripada dua calon utama, kali pertama dalam sejarah pilihan raya Presiden Sri Lanka.

Dissanayake memperoleh 5,634,915 undi pada kiraan pertama dan 105,264 undi mengikut keutamaan semasa kiraan kedua.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI