fbpx

Kontraktor berdepan hukuman mati kes bunuh pelumba negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibrahim (tengah) dikawal ketat anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar ketika meninggalkan Kompleks Mahkamah Kangar, hari ini.

KANGAR – Seorang kontraktor berdepan hukuman mati selepas dituduh membunuh bekas pelumba Moto3 negara, Elly Idzlianizar Ilias, 40, di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Ibrahim Johan, 51, mengaku faham selepas pertuduhan terhadapnya itu dibacakan buat kali kedua di hadapan
Majistret, Ana Rozana Mohd Nor.

Walau bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Terdahulu, Ibrahim yang dilihat tenang sukar membaca nombor kad pengenalannya sehingga terpaksa dibacakan oleh polis mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, Ibrahim dituduh membunuh Elly Idzlianizar di simpang tiga Taman Behor Gonchar Jaya di sini kira-kira pukul 10.30 malam, 10 September hingga 12.01 tengah malam, 11 September lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Ahmad Po’ad memohon mahkamah menetapkan satu tarikh baharu bagi sebutan kes sementara menunggu laporan kimia, forensik dan bedah siasat.

Nabilah juga memohon agar tiada jaminan diberikan kepada tertuduh.

Peguam tertuduh, Tan Yen Sing, kemudian memohon budi bicara mahkamah memberikan jaminan kepada tertuduh memandangkan anak guamnya menghidap beberapa penyakit.

“Anak guam saya mempunyai masalah darah tinggi dan kencing manis selain berada dalam keadaan tidak stabil selepas kejadian itu.

“Saya juga memohon jaminan setimpal sementara menunggu laporan dibentangkan oleh Timbalan Pendakwa Raya termasuk serahan pasport sekiranya boleh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI