fbpx

UPSR, PT3 tetap mansuh, anak kita bukan tikus makmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (tengah) bersama Ketua Setiausaha KPM, Datuk Ruji Ubi (kiri) merasmikan Pelan Strategik 2024-2030 Kementerian Pendidikan Malaysia pada majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan Malaysia di Dewan Damar Sari di sini, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF

PUTRAJAYA- Keputusan untuk mengembalikan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang telah dimansuhkan pada 2022 tidak boleh dilihat berdasarkan satu aspek sahaja kerana ia memerlukan pandangan secara menyeluruh.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Kementerian Pendidikan (KPM) masih kekal dengan keputusan seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini.

“Kita perlu sediakan pandangan keseluruhan dan KPM akan siapkan persiapan pandangan itu, ia tidak boleh dilihat dalam satu aspek sahaja dan (seharusnya) lebih besar.

“(Ini kerana) anak-anak kita bukan tikus makmal yang kita nak ulang kaji mereka, sekejap ada peperiksaan sekejap tidak ada.

“Kita kena ada ketetapan tersebut dan kita telah buat pelbagai penegasan semula khusus untuk meneguhkan PdP (pengajaran dan pembelajaran) dan latihan guru-guru begitu juga untuk memastikan tidak ada apa-apa yang akan menjejaskan kemajuan anak-anak khususnya berkaitan dengan falsafah pendidikan kebangsaan,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KPM di sini hari ini.

Katanya, penegasan di peringkat KPM adalah untuk memastikan apa keputusan yang diambil tidak boleh menjejaskan anak-anak.

Sebelum ini, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dasar pendidikan berhubung peperiksaan bagi pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 perlu disemak semula dan dirombak selepas kewujudan masalah pelajar tidak mahir membaca, menulis dan mengira (3M). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI