fbpx

Belanjawan 2025: Kerajaan digesa naikkan cukai eksais, harga minimum rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta, Malaysia (FPMPAM) menggesa kerajaan menaikkan cukai eksais dan harga minimum rokok menerusi Belanjawan 2025 akan datang.

Presiden FPMPAM, Dr Shanmuganathan Ganeson, berkata, pihaknya yakin tindakan itu membantu mengekang penggunaan tembakau, meningkatkan hasil kerajaan dan mengumpul dana untuk inisiatif kawalan tembakau.

“Harga minimum rokok masih tidak berubah iaitu RM12 sebungkus sejak 2020. Naikkan ia ke RM13 atau RM13.50 akan membantu mencapai matlamat kesihatan awam negara terutamanya dalam kalangan belia dan kumpulan berpendapatan rendah.

“Ia juga dapat menghalang perokok baru daripada terjebak tabiat itu dan menyokong hasil kesihatan jangka panjang untuk penduduk,” tambahnya.

Gesaan itu turut disokong oleh Persatuan Perubatan Ketagihan, Malaysia (AMAM) yang menegaskan bahawa ia penting ke arah mengurangkan kadar merokok dan meningkatkan hasil kesihatan awam di Malaysia.

Presidennya, Dr. Steven Chow, berkata, jika digabungkan dengan usaha kawalan tembakau yang lebih luas, ia akan membantu melindungi generasi akan datang daripada kesan berbahaya rokok.

“Ia sejajar dengan komitmen negara untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyatnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI