fbpx

Tetamu acara Maulidur Rasul dapat almari, kuali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan tetamu mendapat almari berwarna merah dan kuali. - Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di Madura, wilayah Jawa Timur memaparkan detik tetamu yang hadir ke acara sambutan Maulidur Rasul menerima buah tangan yang unik, lapor saluran berita Suara.com semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @wecarbangkalanmadura, tetamu dilihat membawa pulang almari berwarna merah.

Bahkan, tetamu juga menerima sebuah kuali yang diletakkan di atas almari tersebut.

Acara itu berlangsung pada 16 September lalu.

Video berkenaan mencatatkan lebih 5.3 juta tontonan dan rata-rata, netizen kagum akan cenderahati tersebut.

“Setakat ini, ini yang paling meriah!” kata seorang netizen.

“Meskipun Madura sering dianggap pelik, bab agama memang dijaga dengan baik!” kata netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI