fbpx

‘Pigeon Whisperer’ Padang Kota Lama tarik perhatian netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video berkenaan yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Aksi seorang lelaki ‘berkomunikasi’ dengan sekumpulan burung merpati menarik perhatian orang ramai.

Melalui sebuah video yang tular di aplikasi X, sekumpulan burung merpati dilihat bukan sahaja jinak malah dapat mengikut arahan lelaki terbabit.

Difahamkan, lelaki tersebut selalu berada di sekitar kawasan Padang Kota Lama, Pulau Pinang dan sering menarik perhatian pengunjung di situ.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna kagum dengan kebolehan lelaki tersebut selain ada yang berkongsi pernah melihat kejadian itu ketika berkunjung di kawasan tersebut.

“Ada nampak hari itu, seronok pelancong bila burung merpati hinggap dekat tangan mereka, ‘uncle’ itu tolong letakkan. Ramai juga bergambar,” kata MM.

“Pernah jumpa ‘uncle’ ini dua tahun lepas. Memang burung itu dengar cakap dia, bila aku cuba masuk semua terbang,” kata Esdeath.

“Baru saja jumpa hari itu, betul-betul ‘Pigeon Whisperer’ pak cik ini. Dia boleh suruh burung tu terbang dan datang semula pada dia,” kongsi Dhian.

“Pak cik, boleh tak pesan dekat burung-burung itu supaya jangan ‘membuang’ atas kereta orang?,” seloroh Megat.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 140,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI