fbpx

Pemilik syarikat emas didakwa tipu GST RM2.22 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hasriq ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Seorang pemilik syarikat berkaitan pembelian emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM2.22juta pada 2017 dan 2018.

Mohd. Hasriq Zahari, 38, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Berdasarkan empat pertuduhan, lelaki itu didakwa memberikan maklumat tidak betul berhubung cukai input dan output yang diikrar dalam penyata GST-03.

Ini bagi tempoh bercukai pada 1 April 2017 hingga 30 Jun 2018 yang menyebabkan kekurangan cukai dibayar berjumlah RM2. 22 juta.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 88(c) Akta GST 2014 dan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM50, 000 atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan tersebut.

Selain itu, OKS juga berdepan penalti yang bersamaan dengan amaun cukai yang terkurang dikenakan sedemikian jika penyata atau maklumat itu telah diterima sebagai betul.

Mohd. Hasriq turut didakwa empat pertuduhan berkaitan membuat catatan palsu dalam penyata sama berjumlah RM2. 22 juta dengan niat untuk mengelak cukai seterusnya melakukan kesalahan mengikut Seksyen 89 (1) (b) Akta GST 2014.

Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan denda sehingga 20 kali ganda amaun cukai atau kedua-duanya.

Kesemua perbuatan dilakukan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pelabuhan Klang antara 12 Julai 2017 hingga 17 Julai 2018.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JKDM, Mazliza Abdul Wahid manakala OKS diwakili Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 23 Oktober ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI