fbpx

Tiga maut, dua cedera dilanggar trak pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian kemalangan di Jalan Merapoh-Lipis di Lipis hari ini.

LIPIS – Tiga lelaki yang sedang membaiki sebuah treler yang rosak di tepi jalan maut selepas dilanggar sebuah trak pikap di Jalan Merapoh-Lipis di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis, Haslizan Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.44 pagi sebelum sembilan anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian yang terletak 82 kilometer (km) dari BBP Lipis, komander operasi mendapati nahas melibatkan sebuah Toyota Hilux merempuh tiga lelaki yang sedang membaiki treler yang rosak.

“Tiga mangsa itu meninggal dunia, manakala dua lagi lelaki cedera,” katanya hari ini.

Pemandu dan seorang penumpang kenderaan trak pikap berkenaan selamat. Kesemua mangsa dikeluarkan dengan bantuan orang awam.

Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM). Mayat mangsa pula diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI