fbpx

Geng Ali Baba dalang pecah rumah masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis merampas beberapa barangan daripada Geng Ali Baba.

TAWAU – Polis menumpaskan sekumpulan penjenayah bergelar ‘Geng Ali Baba’ yang aktif melakukan jenayah pecah rumah selepas menahan tiga individu di daerah Tawau.

Tiga suspek termasuk seorang warga asing berusia 20 hingga 60 itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau dalam beberapa siri serbuan pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan daripada penjawat awam selepas mendapati rumah kebunnya di Jalan Garson Spur Apas Balung dipecah masuk dengan beberapa peralatan hilang.

Bertindak atas maklumat, pasukan operasi digerakkan bagi mengesan ‘Geng Ali Baba’ yang disyaki terbabit dalam kes tersebut.

“Serbuan pertama dijalankan di sebuah rumah di Kampung Inderasabah dan pasukan operasi menahan lelaki tempatan serta merampas pembesar suara.

“Suspek memandu arah pasukan operasi ke sebuah rumah tidak bernombor di kampung sama dan menahan lelaki warga asing. Kita turut merampas sejumlah barangan dipercayai hasil pecah rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jasmin berkata, pasukan operasi kemudian melakukan serbuan ketiga di Kampung Wakuba dan memberkas lelaki tempatan. Polis turut merampas amplifier dan komputer riba. Ketiga-tiga suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI