fbpx

Ajal langgar lampu merah di simpang empat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA yang berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

MELAKA – Seorang operator kilang maut akibat melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di simpang empat Jalan Pantai Belimbing One Krubong di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa yang berusia 20 tahun dan menunggang motosikal jenis Yamaha Y15R disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang dalam perjalanan dari Krubong Perdana menghala Krubong dipercayai telah melanggar lampu isyarat merah di simpang empat berkenaan.

“Pada masa sama, datang sebuah SUV jenis Subaru Forestor dipandu lelaki berusia 35 tahun dari arah Tanah Merah menuju ke Taman Krubong yang ketika itu berada di laluan lampu isyarat hijau.

“Mangsa telah merempuh SUV berkenaan menyebabkannya mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI