fbpx

[VIDEO] Motosikal sangkut atas pokok, netizen minta jangan gelak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular sebuah motosikal tersangkut di atas pokok, dalam kejadian di Bemban, Melaka.

PETALING JAYA – Sebuah motosikal ditunggang oleh seorang lelaki tersangkut di atas pokok, dalam kejadian di Bemban, Melaka dipercayai berlaku pada minggu lalu.

Video motosikal itu yang tersangkut di atas pokok tular di media sosial, bahkan kelihatan penunggangnya sedang terbaring mengiring selain beberapa penduduk cuba memberi bantuan.

Bagaimanapun, tidak diketahui punca dan kisah sebenar kejadian tersebut.

Dalam masa sama, segelintir pengguna media sosial ada yang tidak sensitif apabila turut bergelak ketawa selain meninggalkan komen berbaur sindiran dan perlian.

Bagaimanapun, ramai daripada mereka menegur dan memarahi netizen yang tidak peka tersebut, malah dikatakan penunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan selepas insiden itu.

“Kenapa ada yang gelak atas musibah orang ya. Ini bukan lawak jenaka,” tegur Effiza Ishak.

“Ini budak-budak kumpulan kompang baru balik dari rumah pengantin,” kata Lee Ya.

“Kejadian minggu lepas, pokok itu bawah bukit. Semoga cepat sembuh,” kata Syidah Cda.

“Lokasi Bemban, Melaka ni. Teruk juga budak tu patah tiga tulang rusuk kanan. Semoga mangsa cepat sembuh,” kata Muhammad Rizal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI