PETALING JAYA – Tular di media sosial apabila seorang individu berkongsi sekeping gambar telefon bimbit jenama Iphone siri terbaharu, Iphone 16 promax berharga RM7,000.
Bagaimanpun kata individu tersebut, tujuan dia berkongsi gambar dan harga tersebut adalah bukan untuk menjual gajet tersebut.
Berdasarkan perkongsian individu tersebut di laman Facebook Penduduk Taman Universiti, Skudai JB itu hanya untuk menunjuk dan bukan untuk dijual.
“Iphone 16 Pro Max (Natural Titanium), Fullset, 1tb, baru pakai tiga hari. Tak ada calar, 99.9999% macam baharu.
“Harga masa beli tiga hari lepas RM7,000. Tak jual, saja tunjuk,”tulis individu berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam individu terbabit kerana perbuatannya yang sengaja menunjuk-nunjuk.
“Nak kena carut budak ni,”tulis Syah Watie
“Alhamdulillah, kau mampu, aku mampu tengok je,”kata Lynn Lunarosa Ramly.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Aaisya Henna.
“Alaa baru nak lock fullpayment (bayaran penuh),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE