fbpx

Aliran trafik menghala ibu kota lancar, terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini aliran trafik di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong menghala ke ibu kota.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak (KLK) masih lagi lancar dan terkawal meskipun dijangka ramai yang akan pulang ke ibu kota hari ini.

Berdasarkan gambar televisyen litar tertutup yang dikongsi di laman sesawang jalanow.com aliran trafik di Plaza Tol Gombak arah ibu kota masih lagi lancar walaupun terdapat pertambahan kenderaan.

Begitu juga di Plaza Tol Bentong arah Kuala Lumpur, trafik kelihatan masih lagi lancar.

Turut dilaporkan lancar dan terkawal adalah di Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Duta menghala ke ibu kota.

Sementara itu, menerusi perkongsian di laman Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) terdapat kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan di Kilometer 403.9 arah selatan dari Tanjung Malim ke Lembah Beringin.

Bagaimanapun, tiada lorong terhalang dan trafik terkawal di lokasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI